Khamis, 12 Jun 2014

Amarawangsa

Zam dan Sofian merupakan 2 orang pesaing dalam industri Archeology dan Antique.

Syarikat Zam yang merupakan anak Dato’ agak besar, lengkap dengan segala kemudahan dan kakitangan.   Manakala syarikat Sofian pula, kecil dan kekurangan serba-serbi dan terletak di satu rumah kedai yang usang.

Syarikat Zam dan Sofian bersaing dalam mendapatkan kerja-kerja archology dan preservation yang mana, setiap kali Syarikat Zam membida, hasil akan dapat dahulu pada Syarikat Sofian.  Mereka bermusuhan.

Zam agak bergaya dan mewah, manakala Sofian agak selekeh. Tapi dalam bidan arkeologi, Sofian Berjaya mengalahkan syarikat Zam setiap kali mereka membida. Ini membuatkan Zam bertambah hairan.

Pada satu hari, syarikat mereka ditugaskan melakukan excavation pada runtuhan kota lama. Dalam masa 3 hari Syarikat Sofian dapat mengeluarkan banyak  tinggalan lama yang berharga berbanding Syarikat Zam. Syarikat Sofian Berjaya mendapatkan projek tersebut.

Zam kecewa dan mengamuk di pejabatnya ini adalah satu-satunya projek terakhir yang dia perlu untuknya hidup.  Semua file dan dokumen dicampakkan.



Tiba-tiba,dibalik helaian file dan dokumen tersebut, Zam terjumpa satu gambar lama, 1940 Japanese Invasion – Philipines semasa mereka memunggah emas. Salah seorang dalam kumpulan askar Jepun itu seiras wajah Sofian.

Zam merasa curiga. Zam membelek fail-fail lama lain tentang penjarahan tentera Nazi, Tsar Nikolai, Taiping Rebellion. Kesemua gambar-gambar lama, yang diambil dari abad-abad yang berlainan,  berkaitan dengan harta rampasan dan pemberontakan – kesemuanya ada gambar wajah Sofian.



Semua clue yang Zam ada, sejak lebih 800 tahun semuanya ada menunjukkan penglibatan Sofian, bukan hanya dalam era moden.

Zam mula obsess untuk menyelidik latar belakang Sofian sehinggakan syarikatnya terpaksa ditutup. Zam mula kelihatan tidak terurus seperti orang gila. 

Sofian hanya dapat menidakkan tuduhan Zam atas alasan Zam sudah sakit mental.  Zam tidak punya ruang untuk menang lagi dan terpaksa hidup dalam keadaan hina, sehinggalah satu hari.

Nama “Sofian” muncul semasa Zam membuat excavation pertama di Sg. Manik bagi menggali tinggalan istana lama, disitu lah pertama kalinya dia melihat Sofian. Zam terus bergegas ke lokasi tersebut yang ini sudah di baik pulih.


Satu daripada tiang yang runtuh tercatat dalam bahasa sanskrit purba..  nama “Amarawangsa”, makluk bukan manusia yang hidup dengan mengumpul bahan purba dan rampasan perang. 

Siapa "Zam" sebenarnya.. dan benarkan Sofian sudah gila?? that's for you to decide. 

2 ulasan:

  1. Silap tu. Sepatutnya "Siapa "Sofian" sebenarnya.. dan benarkan Zam sudah gila?? that's for you to decide".
    Hehe

    BalasPadam