Khamis, 12 Jun 2014

Teksi

Saiful seorang anggota polis yang tegas. Pak Hamid pula seorang pemandu Teksi buruk.  Tugas Pak Hamid bermula selepas pukul 12.00 malam.

Pak Hamid berkeliaran di pinggir kota pada malam hari untuk mencari penumpang. Pak Hamid bukan mencari sebarang penumpang, dia mencari penumpang yang ingin pergi ke destinasi yang "lebih baik."



Pak Hamid hanya akan menghantar penumpang dengan selamat jika jelas destinasinya.

Tapi...  Pak Hamid akan menghantar penumpang jika penumpang itu ingin pergi ke satu tempat dengan harapan masa depan yang lebih baik = ke Zon Senja.  Anak dara yang lari rumah, pemuda yang lari dari hutang, orang susah yang ingin hidup senang, isteri yang lari dari suami dan bermacam-macam jenis manusia yang lari dari masalah. Pak Hamid akan 'menghantar' mereka ke destinasi tersebut, penyelesaian yang tiada jalan pulang. 

Itulah tugas Pak Hamid.

Sementara itu, Saiful pening sebab kes orang hilang meningkat dengan mendadak pada masa itu. Beliau ditugaskan menyelesaikan kes ini.  Kesemuanya bukti menunjukkan penglibatan pemandu Teksi lama di lokasi berbeza.

Setiap hari kes kehilangan ini semakin menjadi-jadi. Saiful sudah kebuntuan mencari penyelesaian.  Lokasi kejadian berjarak beberapa ratus KM dalam masa satu malam. Malah juga di Sabah dan Serawak.  Saiful menyangka ini adalah satu sindikit besar satu Negara.


Saiful mengubah taktik. Daripada mencari suspek kepada mencari bakal-bakal mangsa suspek. 

Apa jadi pada Saiful? dan.. siapa Pak Hamid??... senja nanti korang tau, bila teksi Pak Hamid berhenti dihadapan rumah.  

RamlanRamlanRamlanRamlanRamlanRamlanRamlanRamlanRamlanRamlanRamlanRamlanRamlanRamlanRamlanRamlan

Ramlan seorang pemarah.  Semua orang buat padanya tak betul. Hanya dia saja seorang yang cepat dan sempurna.

Sikapnya amat menyusahkan keluarga dan teman sekerjanya.

Satu hari Ramlan pulang dari pejabat. Di traffic light, Ramlan marah-marah sebab pemandu lain lembap menyebabkan kesesakan teruk.

Tiba-tiba, kereta disebelahnya dilanggar, lalu di hadapannya juga dilanggar. Keluar pemandu kerta-kerta tersebut marah-marah.  Muka mereka serupa Ramlan. Semua.



Mereka marah-marah seperti Ramlan. Jalan raya itu menjadi huru-hara.  Semua pemandu keluar ke jalanraya bertengkar. Mereka semua kelihatan seperti Ramlan.  Keadaan menjadi hari-biru.

Ramlan bergegas lari pulang berjalan kaki ke rumahnya.  Sepanjang perjalanan Ramlan, keadaan menjadi kucar-kacir. Kedai terbakar, semua orang berwajah seperti Ramlan bergaduh dan bertengkar di tengah jalanraya.

Tiba dirumah, Ramlan mengetuk pintu dengan tergesa-gesa.  Bini Ramlan berteriak dengan marah-marah menyuruh anaknya membuka pintu.  

Bini Ramlan juga serupa mukanya, anak-anak Ramlan juga. Bini Ramlan marah-marah sebab Ramlan balik lambat dan anak-anak Ramlan mengamuk sebab Ramlan tak belikan mereka mainan.


Ramlan ketakutan atas apa yang dia lihat lalu berlari sembunyi didalam almari. Dunia berubah menjadi Ramlan. Sebijik. Ramlan tiada ketenangan lagi di dunia. 

Amarawangsa

Zam dan Sofian merupakan 2 orang pesaing dalam industri Archeology dan Antique.

Syarikat Zam yang merupakan anak Dato’ agak besar, lengkap dengan segala kemudahan dan kakitangan.   Manakala syarikat Sofian pula, kecil dan kekurangan serba-serbi dan terletak di satu rumah kedai yang usang.

Syarikat Zam dan Sofian bersaing dalam mendapatkan kerja-kerja archology dan preservation yang mana, setiap kali Syarikat Zam membida, hasil akan dapat dahulu pada Syarikat Sofian.  Mereka bermusuhan.

Zam agak bergaya dan mewah, manakala Sofian agak selekeh. Tapi dalam bidan arkeologi, Sofian Berjaya mengalahkan syarikat Zam setiap kali mereka membida. Ini membuatkan Zam bertambah hairan.

Pada satu hari, syarikat mereka ditugaskan melakukan excavation pada runtuhan kota lama. Dalam masa 3 hari Syarikat Sofian dapat mengeluarkan banyak  tinggalan lama yang berharga berbanding Syarikat Zam. Syarikat Sofian Berjaya mendapatkan projek tersebut.

Zam kecewa dan mengamuk di pejabatnya ini adalah satu-satunya projek terakhir yang dia perlu untuknya hidup.  Semua file dan dokumen dicampakkan.



Tiba-tiba,dibalik helaian file dan dokumen tersebut, Zam terjumpa satu gambar lama, 1940 Japanese Invasion – Philipines semasa mereka memunggah emas. Salah seorang dalam kumpulan askar Jepun itu seiras wajah Sofian.

Zam merasa curiga. Zam membelek fail-fail lama lain tentang penjarahan tentera Nazi, Tsar Nikolai, Taiping Rebellion. Kesemua gambar-gambar lama, yang diambil dari abad-abad yang berlainan,  berkaitan dengan harta rampasan dan pemberontakan – kesemuanya ada gambar wajah Sofian.



Semua clue yang Zam ada, sejak lebih 800 tahun semuanya ada menunjukkan penglibatan Sofian, bukan hanya dalam era moden.

Zam mula obsess untuk menyelidik latar belakang Sofian sehinggakan syarikatnya terpaksa ditutup. Zam mula kelihatan tidak terurus seperti orang gila. 

Sofian hanya dapat menidakkan tuduhan Zam atas alasan Zam sudah sakit mental.  Zam tidak punya ruang untuk menang lagi dan terpaksa hidup dalam keadaan hina, sehinggalah satu hari.

Nama “Sofian” muncul semasa Zam membuat excavation pertama di Sg. Manik bagi menggali tinggalan istana lama, disitu lah pertama kalinya dia melihat Sofian. Zam terus bergegas ke lokasi tersebut yang ini sudah di baik pulih.


Satu daripada tiang yang runtuh tercatat dalam bahasa sanskrit purba..  nama “Amarawangsa”, makluk bukan manusia yang hidup dengan mengumpul bahan purba dan rampasan perang. 

Siapa "Zam" sebenarnya.. dan benarkan Sofian sudah gila?? that's for you to decide. 

Perjalanan Terakhir

Emili seorang Tomboy yang tinggal di KL. Dia mendapat panggilan yang emaknya sakit di Kuantan.

Emili risau dengan keadaan emaknya lalu bergegas pulang menaiki kerta malam itu juga. Emili bergegas pulang dengan menaiki kereta malam itu juga. Jam 12.00 malam. 

Emili mengisi minyak dalam keadaan tergesa-gesa lalu beredar dari situ.  Jalan agak sesak kerana terdapat kemalangan maut di situ.

Tidak jauh dari tempat kemalangan tersebut, satu susuk tubuh lembaga berbaju putih cuba menahan kenderaan Emili di satu jalan yang sunyi. Terkejut dan takut, Emili memecut kenderaannya.



Tidak jauh dari tempat tersebut, lagi sekali lembaga yang sama cuba menahan Emili dari bahu jalan. Emili ketakutan dan hampir terbabas namun dapat memecut lari.

Dalam ketakutan tersebut, Emili cuba berhenti di R&R untuk meminta bantuan, tetapi… dalam keadaan terang dan ramai tersebut, sekali lagi dia lihat susuk lembaga itu berdiri di bahu jalan menahan kereta Emili sepertnya kehadiran makluk itu tidak dapat dilihat oleh orang sekeliling.
Emili terpaksa memecut pergi dalam keadaan takut yang amat sangat. 

Dalam kelalutan tersebut, lagi sekali lembaga tersebut muncul di bahu jalan menahan kereta Emili.  Dalam keadaan takut dan terpaksa, Emili nekad memecut laju dan melanggar makluk tersebut.

Makhluk tersebut tercampak jauh, darah memercik ke cermin kereta Emili.... darah?? 

Emili menggigil.  Beberapa kereta berhenti memberi bantuan.  Seorang tua dilihat terbaring di tengah jalan, nazak akibat dirempuh Emili.


Ini merupakan perjalanan terakhir orang tua tersebut, yang memandu kereta Emili dan cuba menahan Emili sepanjang jalan bagi mengambil keretanye kembali. Emili tersalah pandu kereta kepunyaan orang tua tersebut semasa semasa mengisi minyak.   

Bas

Bragging young man yang gila-gila. Pulang ke Kampung setelah tinggal di Bandar selama 4 tahun dengan menaiki bas.

Bas buruk tersebut merupakan satu-satunya bas ke Kampung pemuda ini.  Trip terakhir bas ini pada waktu senja. 



Pemuda ini menaiki bas tersebut dan terjumpa beberapa orang kampong dalam bas tersebut.  Pemuda ini berbual seperti biasa, dan setiap pertanyaannya kepada penumpang bas tersebut mendapat jawapan yang agak aneh.. 

Bas terus bergerak sehingga terlepas persimpangan kampong pemuda ini, tetapi bas tersebut tidak berhenti. Pemuda itu bergerak kehadapan dan memarahi pemandu bas tersebut.  Bas itu pun berhenti agak jauh dari persimpangan pemuda ini.  Pemuda ini turun dan berjalan kaki pulang ke rumahnya.

Pemuda ini disambut gembira oleh kaum keluarga. Bermacam-macam hadiah dibelikan oleh pemuda ini untuk adik-adiknya.  Semasa makan malam, pemuda ini bercerita tentang orang-orang yang dia jumpa semasa dalam bas tadi.  Ibubapa pemuda ini berhenti makan dan berpandangan sesame mereka.

Malam itu pemuda ini keluar berjumpa rakan-rakan lama di kedai kopi.  Pemuda ini bercerita pengalamannya di Bandar. Semua orang dikedai kopi kagum dan terpegun mendengar cerita Pemuda ini, mereka bertambah terpegun bila Pemuda ini bercerita tentang pengalamanye semasa pulang tadi.


Semua penumpang bas pemuda tadi sudah mati... dan kemana arahnya destinasi bas tersebut dikala senja menjelang???  

Dukun

Kisah seorang Dukun penipu.   



Orang ramai berpusu-pusu ke rumahnye untuk berubat. Kehidupan Dukun di kampungnye amat mewah. Dihormati dan dianggap seperti orang besar di kampungnya.

Dia mula riak dan angkuh. Menghina semua ciri-ciri perubatan moden dan juga perubatan Islam.  Menghina ustaz-uztaz dan imam-imam tapi mengagung-agungkan cara perubatannye walaupun dia tahu dia menipu.

Jadi, pada suatu malam, bila semua orang sudah pulang, baru saja si Dukun ni tutup pintu, tiba-tiba diketuk.  11.00 malam.

Dia buka dan ada seorang pemuda berdiri. Muka baik, berpakaian putih. Dia minta perkhidmatan Dukun tersebut  tetapi di tolak kerana sudah larut malam. Dukun tu tutup pintu dan berlalu.  Tetapi lagi sekali pintu rumah Dukun diketuk.

Dukun itu buka pintu ingin memarahi pemuda tersebut tapi terdiam.  Dalam tangan pemuda itu ada sebungkus duit. Dia sudi membayar Dukun ni mengikut berapa banyak yang Dukun boleh  genggam. Dengan tamak, Dukun ni menerima tawaran pemuda itu tanpa mengetahu siapa diri pemuda itu yang sebenarnya.  


Bermulalah kisah 1 malam yang dasyat yang mengubah hidup Dukun tersebut.

Kisah syaitan menyamar sebagai pesakit, dan dukun menyamar sebagai penyembuh. Imagine, what can go wrong... 1 malam, di ceruk kampung.