Khamis, 12 Jun 2014

Teksi

Saiful seorang anggota polis yang tegas. Pak Hamid pula seorang pemandu Teksi buruk.  Tugas Pak Hamid bermula selepas pukul 12.00 malam.

Pak Hamid berkeliaran di pinggir kota pada malam hari untuk mencari penumpang. Pak Hamid bukan mencari sebarang penumpang, dia mencari penumpang yang ingin pergi ke destinasi yang "lebih baik."



Pak Hamid hanya akan menghantar penumpang dengan selamat jika jelas destinasinya.

Tapi...  Pak Hamid akan menghantar penumpang jika penumpang itu ingin pergi ke satu tempat dengan harapan masa depan yang lebih baik = ke Zon Senja.  Anak dara yang lari rumah, pemuda yang lari dari hutang, orang susah yang ingin hidup senang, isteri yang lari dari suami dan bermacam-macam jenis manusia yang lari dari masalah. Pak Hamid akan 'menghantar' mereka ke destinasi tersebut, penyelesaian yang tiada jalan pulang. 

Itulah tugas Pak Hamid.

Sementara itu, Saiful pening sebab kes orang hilang meningkat dengan mendadak pada masa itu. Beliau ditugaskan menyelesaikan kes ini.  Kesemuanya bukti menunjukkan penglibatan pemandu Teksi lama di lokasi berbeza.

Setiap hari kes kehilangan ini semakin menjadi-jadi. Saiful sudah kebuntuan mencari penyelesaian.  Lokasi kejadian berjarak beberapa ratus KM dalam masa satu malam. Malah juga di Sabah dan Serawak.  Saiful menyangka ini adalah satu sindikit besar satu Negara.


Saiful mengubah taktik. Daripada mencari suspek kepada mencari bakal-bakal mangsa suspek. 

Apa jadi pada Saiful? dan.. siapa Pak Hamid??... senja nanti korang tau, bila teksi Pak Hamid berhenti dihadapan rumah.  

3 ulasan:

  1. Asslmkm tuan mo razzi, kenapa cerita2 dalam blog ni semuanya macam tergantung?

    BalasPadam
  2. Cerita di biarkan tergantung supaya pembaca buat kesimpulan sendiri. Life is a Reflection. What goes around comes around. Hahaha.....

    BalasPadam