Khamis, 12 Jun 2014

Bas

Bragging young man yang gila-gila. Pulang ke Kampung setelah tinggal di Bandar selama 4 tahun dengan menaiki bas.

Bas buruk tersebut merupakan satu-satunya bas ke Kampung pemuda ini.  Trip terakhir bas ini pada waktu senja. 



Pemuda ini menaiki bas tersebut dan terjumpa beberapa orang kampong dalam bas tersebut.  Pemuda ini berbual seperti biasa, dan setiap pertanyaannya kepada penumpang bas tersebut mendapat jawapan yang agak aneh.. 

Bas terus bergerak sehingga terlepas persimpangan kampong pemuda ini, tetapi bas tersebut tidak berhenti. Pemuda itu bergerak kehadapan dan memarahi pemandu bas tersebut.  Bas itu pun berhenti agak jauh dari persimpangan pemuda ini.  Pemuda ini turun dan berjalan kaki pulang ke rumahnya.

Pemuda ini disambut gembira oleh kaum keluarga. Bermacam-macam hadiah dibelikan oleh pemuda ini untuk adik-adiknya.  Semasa makan malam, pemuda ini bercerita tentang orang-orang yang dia jumpa semasa dalam bas tadi.  Ibubapa pemuda ini berhenti makan dan berpandangan sesame mereka.

Malam itu pemuda ini keluar berjumpa rakan-rakan lama di kedai kopi.  Pemuda ini bercerita pengalamannya di Bandar. Semua orang dikedai kopi kagum dan terpegun mendengar cerita Pemuda ini, mereka bertambah terpegun bila Pemuda ini bercerita tentang pengalamanye semasa pulang tadi.


Semua penumpang bas pemuda tadi sudah mati... dan kemana arahnya destinasi bas tersebut dikala senja menjelang???  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan