Khamis, 12 Jun 2014

Perjalanan Terakhir

Emili seorang Tomboy yang tinggal di KL. Dia mendapat panggilan yang emaknya sakit di Kuantan.

Emili risau dengan keadaan emaknya lalu bergegas pulang menaiki kerta malam itu juga. Emili bergegas pulang dengan menaiki kereta malam itu juga. Jam 12.00 malam. 

Emili mengisi minyak dalam keadaan tergesa-gesa lalu beredar dari situ.  Jalan agak sesak kerana terdapat kemalangan maut di situ.

Tidak jauh dari tempat kemalangan tersebut, satu susuk tubuh lembaga berbaju putih cuba menahan kenderaan Emili di satu jalan yang sunyi. Terkejut dan takut, Emili memecut kenderaannya.



Tidak jauh dari tempat tersebut, lagi sekali lembaga yang sama cuba menahan Emili dari bahu jalan. Emili ketakutan dan hampir terbabas namun dapat memecut lari.

Dalam ketakutan tersebut, Emili cuba berhenti di R&R untuk meminta bantuan, tetapi… dalam keadaan terang dan ramai tersebut, sekali lagi dia lihat susuk lembaga itu berdiri di bahu jalan menahan kereta Emili sepertnya kehadiran makluk itu tidak dapat dilihat oleh orang sekeliling.
Emili terpaksa memecut pergi dalam keadaan takut yang amat sangat. 

Dalam kelalutan tersebut, lagi sekali lembaga tersebut muncul di bahu jalan menahan kereta Emili.  Dalam keadaan takut dan terpaksa, Emili nekad memecut laju dan melanggar makluk tersebut.

Makhluk tersebut tercampak jauh, darah memercik ke cermin kereta Emili.... darah?? 

Emili menggigil.  Beberapa kereta berhenti memberi bantuan.  Seorang tua dilihat terbaring di tengah jalan, nazak akibat dirempuh Emili.


Ini merupakan perjalanan terakhir orang tua tersebut, yang memandu kereta Emili dan cuba menahan Emili sepanjang jalan bagi mengambil keretanye kembali. Emili tersalah pandu kereta kepunyaan orang tua tersebut semasa semasa mengisi minyak.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan