Khamis, 12 Jun 2014

RamlanRamlanRamlanRamlanRamlanRamlanRamlanRamlanRamlanRamlanRamlanRamlanRamlanRamlanRamlanRamlan

Ramlan seorang pemarah.  Semua orang buat padanya tak betul. Hanya dia saja seorang yang cepat dan sempurna.

Sikapnya amat menyusahkan keluarga dan teman sekerjanya.

Satu hari Ramlan pulang dari pejabat. Di traffic light, Ramlan marah-marah sebab pemandu lain lembap menyebabkan kesesakan teruk.

Tiba-tiba, kereta disebelahnya dilanggar, lalu di hadapannya juga dilanggar. Keluar pemandu kerta-kerta tersebut marah-marah.  Muka mereka serupa Ramlan. Semua.



Mereka marah-marah seperti Ramlan. Jalan raya itu menjadi huru-hara.  Semua pemandu keluar ke jalanraya bertengkar. Mereka semua kelihatan seperti Ramlan.  Keadaan menjadi hari-biru.

Ramlan bergegas lari pulang berjalan kaki ke rumahnya.  Sepanjang perjalanan Ramlan, keadaan menjadi kucar-kacir. Kedai terbakar, semua orang berwajah seperti Ramlan bergaduh dan bertengkar di tengah jalanraya.

Tiba dirumah, Ramlan mengetuk pintu dengan tergesa-gesa.  Bini Ramlan berteriak dengan marah-marah menyuruh anaknya membuka pintu.  

Bini Ramlan juga serupa mukanya, anak-anak Ramlan juga. Bini Ramlan marah-marah sebab Ramlan balik lambat dan anak-anak Ramlan mengamuk sebab Ramlan tak belikan mereka mainan.


Ramlan ketakutan atas apa yang dia lihat lalu berlari sembunyi didalam almari. Dunia berubah menjadi Ramlan. Sebijik. Ramlan tiada ketenangan lagi di dunia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan